27 April 2013

TTinjauan

TTinjauan

Assalamualaikum!

beberapa hari lepas, I… I ok I.. I ada terbaca satu entry ni pasal ‘Bagaimana Nak Lupakan Bekas Kekasih Anda?‘.. Tau tu entry siapa? Alaa yang blogger ala-ala artis tu.. hehe gi ar terjah..

Tapikan I nak share dengan korang satu tips bagaimana nak lupakan bekas kekasih korang yang sebetul-betulnya. Especially tips ni untuk wanita sebab aku tau ramai wanita luar sana susah nak lupakan bekas kekasih dia..kalau laki aku tau mesti kacang je bagi diorang kan. Habis I ni bukan lelaki ke? errr bukan.. I ni just pemerhati lelaki dan wanita.. haha


Persoalannya macam mana nak lupakan bekas kekasih atau balak korang? Rahsianya mudah je. Korang perasan tak macam mana lelaki lupakan bekas kekasih dia atau bekas awek-awek dia? Hah tu lah korang tak tahu. Actually lelaki kalau nak lupakan bekas kekasihnya, dia akan mula cari kesalahan bekas awek dia tu.. lepas tu bila dah ada beberapa kesalahan yang dia sedar on his ex-girlfriend, mulalah dia rasa “Erm dia ni banyak buat salah kat aku. Ini tak kena, itu tak kena. Buat apa aku nak ingat dia dah. Baik aku blah dan lupakan dia! She’s not worth it! I wanna go to heaven. You go to hell!” Haha ayat emo sangat aih..

So you girls dapat tak point yang I nak fokus kat sini. The bottomline is korang kena cari kesalahan bekas kekasih korang tu untuk lupakan cinta lama korang pada dia. Itu je. Ni serius cakap ni memang cara ni je yang boleh buatkan seseorang tu lupa cinta lama dia.


[ Kalau dia tu perfect man yang tak pernah buat salah macam mana nak lupakan dia? ]

Baca selengkapnya

06 September 2012

Suami Tiada Nafsu

Masalah seks suami selalu dikaitkan dengan masalah mati pucuk, ejakulasi pra matang dan sebagainya. Akibatnya , masalah ini , nafsu merudum dan tak kunjung datang hingga mengecewakan isteri.

Namun mungkin tak ramai yang tahu bahawa selain daripada masalah sakit tuan, nafsu seks lelaki sebenarnya boleh juga terjejas gara-gara sikap isteri sendiri.Ada suami yang hilang ghairah di pertengahan hubungan seks gara-gara sikap isteri yang kurang menyenangkan. Apa yang lebih penting adalah sikap atau perangai si isteri di dalam kehidupan seharian. Cuba bertanya kepada mereka yang lebih makan garam dan yang sudah berusia melalui pengalaman mereka, apakah penyebab lelaki atau suami hilang nafsu seks bersama isteri sedangkan z**** mereka adalah normal. Jika mereka diberi “kesempatan” untuk diuji bersama perempuan lain sudah pasti merekalah lelaki dan suami yang perkasa sebenarnya.

Ini adalah kerana kehidupan seharian mereka bersama isteri tidak tenang. Suami memerlukan keadaan yang agak aman dan damai untuk merangsang nafsu seks mereka bukan keadaan hiruk pikuk dengan suara anak-anak dan juga “kebisingan” suara isteri membebel tak tentu hala. Isteri perlu berfikiran terbuka dan sentiasa beringat bahawa tubuh badan mereka telah pun dijelajahi oleh suami. Suami telah pun tahu akan selok belok keadaan tubuh badan isteri. Berlainan dengan keadaan tubuh badan perempuan yang baru dikenalinya dimana perasaan untuk mengeksplorasi itu adalah lebih berbanding dengan tubuh badan isteri yang sering diterokai.

Disini terdapat kekurangan yang perlu diambilkira oleh pihak isteri. Yang memainkan peranan yang penting bagi menjamin hubungan seksual suami isteri adalah sifat dan sikap isteri itu sendiri dan bukan lagi keadaan tubuh badan. Sifat lemah lembut dan penyayang kepada suami berserta dengan teknik merangsang suami dengan betul merupakan kunci kejayaan isteri untuk menaikkan nafsu seks suami yang hilang.

Antara peringatan orang lama ialah isteri yang suka membebel dan suka mengeluh adalah punca utama nafsu seksual suami hilang.

Berikut adalah merupakan antara kajian pakar-pakar seksologi dan psikologi berkaitan dengan soalan Kenapa Nafsu Seks Suami Hilang….. 






1) Membuat Tuntutan Kepada Suami

Menjadi kebanggan suami apabila dirinya dapat memuaskan isteri dalam hubungan kelamin. suami akan berasa bangga dan hebat setelah memberi kepuasan batin buat isterinya.

Namun perasaan bangga atau hebat seorang suami dalam hubungan seks tidak akan tercapai apabila isteri membuat tuntutan tertentu ketika aktiviti seks berlangsung.

“Abang boleh tak jangan pegang situ” atau “Abang boleh tak lama sikit”. Kata-kata sebegini akan mengganggu tumpuan suami dan membuatnya bimbang tidak mampu melakukan seperti yang dituntut oleh isteri.

Kebimbangan yang tidak berasas ini akan membuatkan suami beralah sebelum bertempur.



2) Memperlihatkan Kebosanan

Keinginan seorang isteri untuk melakukan hubungan seks dengan suami kadang kala terhalang oleh perasaan bosan akibat keletihan beekrja seharian di pejabat.

Bagaimanapun sebosan mana sekalipun anda rasa, sebaiknya ia tidak dipamerkan di hadapan suami. Kebosanan anda mungkin akan membunuh ghairahnya untuk bermesra dnegan anda.

Cubalah menegtepikan perasaan tiada mood atau keletihan dengan emngatakan paa diri anda bahawa malam ini, kasih sayang perlu dipupuk kembali untuk kebahagiaan rumahtangga anda. jangan biarkan rasa bosan menguasai jiwa anda.



3) Berbicara Masalah Wang Di Kamar

Perkara ini perlu diberi perhatian oleh setiap isteri. jangan sesekali emmbawa masalah kewangan seperti hutang yang belum dibayar, perbelanjaan dapur yang tidak mencukupi dan masalah kewangan lain ke kamar tidur.

Ia akan memberi tekanan kepada suami. seterusnya akan membuatkan dirinya hilang rasa ghairah untuk melakukan hubungan seksual. Ia bukan sekadar menghilangkan ghairah suami tapi juga menimbulkan perasaan malu dan marah dalam diri suami.



4) Melemparkan Kritikan

Kata-kata berunsur kritikan akan memeberi kesan pada perasaan suami walaupun anda menganggapnay sebagai suatu gurauan. Contohnya, mencela suami, kaki suami kotor, perutnya buncit dan nafasnya berbau rkok, ia boleh melunturkan smenagatnya untuk meneruskan hubungan kelamin.



5) Berlakon atau Bersandiwara

Sebagai isteri, tidak perlu berlakon ketika bersama suami di ranjang. Percakapan secara jujur dan berterus terang dengan suami. Jika mahukan layanan yang boleh memberikanb kepuasan kepada anda, katakan saja pada suami. apa yang nak dimalukan, suami isteri berkongsi segala-galanya,bukan.



6) Bersikap Terburu-buru

Melakukan hubungan intim bersama suami dalam keadaan terburu-buru adalah sangat tidak baik. usahakan untuk melakukan aktivit yang meneynangkan ini dalam suasana yang tenang dan relaks.



7) Terlalu Banyak Peraturan

Aktiviti seks adalah masa paling peribadi dan paling intim buat pasangan suami isteri. Ia juga waktu yang paling banyak beharga buat suami isteri. Terlalu banyak peraturan dan petua akan merosakkan suasana intim, gelak tawa, gurau senda dan kehangatan anda berdua. jadilah diri anda sendiri, biarkan segalanya berlalu dengan selesa.



8 ) Ragu-ragu

Jangan cuba bertanya dengan suami perkara-perkara seperti kualiti cinta suami ketika sedang melakukan hubungan kelamin. Pertanyaan, “Adakah abang sayang saya?”.”Adakah abang puas?” dan sebagainya akan mendatangkan keraguan di hati suami dan boleh menimbulkan rasa kurang senang. Ia juga boleh mengeruhkan suasana hubungan suami isteri.


Mana-mana suami yang bermasalah bukan disebabkan oleh sikap isteri anda bolehlah dapatkan nasihat dari pakar. Ini mungkin disebabkan gangguan hormon ataupun penyakit-penyakit lain yang melibatkan kelancaran pengaliran darah dan juga buah pinggang serta penyakit-penyakit lain yang berkaitan dengan organ seksual seperti masalah pembengkakan kelenjar prostat ataupun batu karang.

Pengambilan herba juga dapat membantu menyeimbangkan dan meningkatkan hormon lelaki yang merupakan faktor utama di dalam meningkatkan libido atau nafsu lelaki untuk melakukan hubungan intim. Untuk suami yang mengalami masalah mati pucuk bolehlah menggunakan alatan bantuan seperti pam vakum bagi memudahkan ereksi.

Bagi suami yang malu untuk berasmara kerana sering tewas di ranjang ataupun dengan kata lain mengalami masalah cepat pancut bolehlah menggunakan gel herba bebas bahan kimia bagi melambatkan pancutan.

Diharapkan maklumat di atas sedikit sebanyak dapat membantu anda di dalam mengharungi bahtera rumahtangga. Yang paling penting ialah sikap keterbukaan suami isteri di dalam proses untuk membaikpulih hubungan intim anda.



 
Hehehehe, Ambil Yang Baik, Buang Yang Kurang Baik yha Budak2..
Baca selengkapnya