08 Disember 2011

ISLAM ITU INDAH


Barisan pertama: Di iringi dari kubur dalam keadan tidak bertangan & berkaki, keadaan ini di jelaskan melalui seruan Allah S.W.T : "Mereka orang2 yang menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka.. Mereka yang sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan di dunia mahupun akhirat" . firman Allah "aku akan memalingkan hati orang yang sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yang benar dari ( memahami) aat2 ku (menunjukkan kekuasaan ku) , itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka"

Barisan Ke-2: Di iringi dari kubur dalam bentuk babi hutan datang seruan Allah " mereka orang yang meringan2kan solat sewaktu hidup, sesunguhnya orang yang memelihara solat 5 waktu akan di hindari dari siksa kubur, Sebaliknya, mereka yang mengabaikan maka waktu dia mati mayant nya akan di himpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk" Rasulullah saw bersabda " sesungguhnya seorang hamba apabila dia masi berdiri untuk bersolat, maka di letakkan semua dosa nya di atas kepala & kedua2 bahu nya, setiap kali dia rukuk maka terjatuh lah dosa2 nya itu...

Barisan ke-3: Di iringi dari kubur dengan bentuk keldai & perut penuh ular dan kala jengking " mereka adalah orang2 yang enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dalam orang yang berkemampuan" inilah balasannya & tempat kembali meraka adalah neraka..

Barisan ke-4: Diiringi dari kubur dalam keadaan darah memancut keluar dari mulut " meraka adalah antara orang yang suka berdusta ketika berjual beli" berniaga lah dengan jujur serta amanah agar hasil yang di peroleh datang dari sumber yang halal..

barisan ke-5: diiringi dari kubur dalam keadan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allahmenurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar " Mereka adalah orang yang menyembunyikan pelakuan derhaka," takut di ketahui oleh manusia tapi tidak takut kepada Allah, inilah balasannya & tempat mereka adalah neraka..

Barisan ke-6: Diiringi dari kubur kepala terputus kepala dari badan " mereka adalah orang2 yang menjadi saksi palsu" tempatnya untuk orang seperti mereka adalah neraka..

Barisan ke-7: Diiringi dari kubur tanpa lidah & mengalir darah serta nanah dari mulut mereka "mereka adalah orang2 yang enggan tampil memberi kesaksian kebenaran" tempat untuk golongan mereka adalah nereka..

Barisan ke-8: diiringi dari kubur dalm keadaan terbalik, kepala kebawah, kaki keatas. "mereka adalah orang2 yang melakukan zina" ditempatkan di neraka, sabda rasulullah "tiada perantaraan lain diantara seorang lelaki & perempuan, melainkan wujudkan syaitan sebagai perantaraan @ orang ketiga di antara mereka..

barisan ke-9: Diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata birusementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh "mereka adalah orang2 yang suka memakan harta2 anak2 yatim dengan cara yang tidak sepatutnya @ salah" ditempatkan dengan golongan nya di neraka..

Barisan ke-10: Diiringi dari kubur dalam keadaan tubuh berpenyakit kulit & di penuhi kusta "mereka adalah orang yang derhaka kepada ibubapa sewaktu hidupnya" tempatnya semestinya dineraka..

Barisaqn ke-11: Diiringi dari kubur dalam keadaan buta, gigi panjang seperti tanduk lembu jantan, bibir terlondeh sehingga ke dada & lidah terjulur sehingga ke perut serta perbagai kotoran yang menjijikkan, "mereka adalah orang yang kuat meminum arak (alkohol) sewaktu hidupnya" mereka ditempatkan di neraka bersama golongannya..

Barisan ke-12: Diiringi dari kubur dengan wajah berseri2 seperti bulan purnama, & melalui titian Silaturahim seperti kilat, datang suara dari sisi Allah S.A.W yang memaklumkan "Mereka semasa hidupnya adalah orang yang sering beramal salih & sering juga melakukan kebaikan sesama manusia.. mereka juga menjauhi perbuatan derhaka,maksiat yang dilarang oleh islam, mereka juga memelihara solat 5 waktu & meninggal dunia dalam keadaan bertaubat" Inilah balasan mereka & tempat mereka adalah SYURGA, beroleh keampunan, kasih sayang & kereadhan Allah S.A.W

Bacalah Yassin:
RASULULLAH s.a.w telah bersabda bermaksud : "Bacalah yassin kerana ia mengandungi kebrkatan",
IAITU:
1. Apabila orang lapar membaca yassin ia boleh menjadi kenyang dengan kuasa Allah..
2. Jika orang yang tiada pakaian, mendapat pakaian dengan izin NYA..
3. jika orang yang belum berkhawin @ tiada Jodoh, akan mendapat jodoh dengan izin NYA.
4. Jika dalam ketakutan, boleh mendapat kekuatan untuk mengatasi ketakutannya..
5. Jika dibaca kepada orang yang telah meninggal dunia, dengan izin Allah, akan diringankan siksanya dan diterangi perjalanan nya ke alam yg kekal iaitu akhirat..
6. jika dibaca untuk oraqng sakit, insaallah akan sembuh dari penyakitnya..
Rasululah Bersabda : " sesungguhnya setiap sesuatu ciptaan Allah Menpunyai Hati.. Al-Quran Juga mempunyai hati iaitu YASSIN, Sesiapa yang membaca surah yassin nercaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca Al_Quran sebanyak 10 kali.
Rasulullah Bersabda lagi : "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah yassin, turun lah beberapa malaikat berbaris bersama malaikat maut, mereka akan berdoa dan meminta agar dosa arwah di ampunkan Allah, & menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembayangkan Jenazahnya"
Rasululah Juga Bersabda: " Sesiapa bersembahyang sunat 2 rakaat pada malam jumaat, dibaca pada rakkat pertama surah yassin dan rakaat kedua surah Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian & dia akan menerima suratan amalan di tangan kanan & diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya,

Sesiapa Yang Meragui Keterangan Ini Dia Adalah Orang2 Yang Munafik




Bagikan

Jangan lewatkan

ISLAM ITU INDAH
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.