05 Mac 2012

Buat Mereka Yang Kecewa Kerana Cinta

Cinta..Banyak yang kecewa kerna cinta...ada yang hampir gila..malah ada yang sanggup bunuh diri..untuk apa??Membaca luahan hati rakan yang kecewa kerna 'CINTA' membuat saya berfikir..betapa 'CINTA' itu memberi kesan dan tamparan yang hebat buat mereka... Hidup serba tak kena.. Terseksa dari segi emosi.. Terasa seperti tidak punya siapa..kenapa membiarkan diri selemah itu kawan..?? Teringat kata ustaz Pahrol.. "CINTA ITU BUKAN TUHAN" Dan kata Seorang Pakar motivasi.. "APABILA MENYAKITKAN ITU BUKAN CINTA" Di sini saya ingin kongsi pesanan yang saya baru dapat tadi.. pesanan dari seseorang yang saya tidak kenali.. khas untuk mereka yang sedang menagisi cinta..dan untuk diri saya yang sedang terleka oleh cinta juga.. Kau sekadar mengejar cinta yang tidak pasti kejayaannya.. dia juga manusia yang lemah seperti engkau.. ciptaan tuhan yang kuasa.. mengapa perlu di kejar cinta daripada insan yang hanya mengerti erti keseronokan semata-mata..tidak salah jika aku mengatakan, cinta yang kau dambakan itu adalah salah satu daripada acuan lagenda agung kononnya, romeo dan juliet, laila majnun... Apa kurangnya cinta-cinta islam yang mampu kau lihat dan ambil iktibar..? atau awak yang sengaja membutakan mata dan hati.. takkan ada yang menegur andai cinta yang kau kejar itu seagung cintanya RABIATUL ADAWIYAH, seteguh kalimah syahadah BILAL RABAH, dan seindah kasihnya HANDZALAH...! BENAR..! yang merasa kepedihan itu cuma kau seorang.. kami yang memandang merasa serabut melihat keadaan mu.. konon-konon cita untuk berjuang dimedan sampai jihad nun di palestin katanya.. tapi baru kecewa di sebabkan cinta sudah mau rebah.. aduhai.. kau bukan calonnya untuk bercita2 menagih syahid dimedan sana.. "Kau terlalu naif!" lihatlah dengan mata hatimu, ISLAM! Golongan sepertimu adalah yang paling disukai oleh musuh-musih Islam. Lihatlah kebenaran, musuh-musuh Islam tidak pernah takutkan senjata kita, tetapi mereka cukup takutkan semangat jihad yang ada pada kita, ORANG ISLAM. Tapi, lihatlah jihadmu sudah terkulai layu.. Kau takkan mampu menentang mereka, sebab kau tidak mampu menentang jihad nafsumu dalam dirimu! "Dimanakah peganganmu selama ini? Dimana alunan Kalamullah itu? Perhatikanlah Allah tidak pernah menyediakan sepahit-pahit ubat kepada makhlukNya melainkan ubat itu menjanjikan satu kenikmatan kesihatan pada jiwamu yang takkan kau temui jika kau masih menutup mata hatimu!" Aku tidak menafikan manusia itu memerlukan cinta, sebab cinta itu kurniaan yang nan indah oleh Allah. Tapi, jangan rosakkan cinta itu dengan kelalaian hatimu dalam mempertimbangkan antara yang abadi dan bersifat sementara. Cinta manusia hanya sementara, jadikanlah ia penyuluh untuk dirimu meraih syurga Allah. Takkan kau temui cinta hakiki, selagi kau tidak membuka mata hatimu untuk mencari cinta abadi yang telah wujud dalam dirimu sedari azali, Aku takkan sedih jika kau kecewa dengan hatimu yang tidak kuat menyintai Allah kerana kau takut untuk mendapatkan cinta itu kerana kau tahu siapa dirimu yang sebenarnya untuk meraih cinta Allah yang ternyata ramai berebut untuk mendapatkannya. "Tapi aku terlalu sedih, kau hanya lemah hanya kerana cinta manusia biasa. Tidak terbanding dengan cinta yang terlalu agung itu. Kau terlalu lemah... sebab hatimu terlalu lemah untuk membuka mata hatimu melihat kepastian cinta yang sebenarnya." dan aku akui kebenaran kata-kata itu..padahal cinta bukannya bend yang boleh di puja2..buka lah mata mu kawan ku..sampai sini jak aku membebel... cawww dlu..

Bagikan

Jangan lewatkan

Buat Mereka Yang Kecewa Kerana Cinta
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.