13 Jun 2012

KEJADIAN AWAN ANEH DI KOTA KINABALU



Kota Kinabalu digemparkan dengan kejadian awan yang berbentuk luar biasa, jarang sekali kita melihat awan seperti ini sebelum ini dan mungkin belum pernah pun. Awan aneh terbentuk pada jam 7:50 hingga 9:15 pagi 12 Jun 2012. Ketika gambar diambil, cuaca stabil tanpa angin dan hujan.

Namun begitu, menjelang tengahari, ribut kencang berserta hujan melanda seluruh kawasan Pantai Barat Sabah. Namun begitu menjelang tengah hari, ribut kencang beserta hujan melanda seluruh kawasan Pantai Barat Sabah. Amaran ini juga telah dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia.









Punca kejadian adalah dipercayai daripada taufan yang sedang melanda filipina. Taufan yang kedua sedang menuju ke arah negara Filipina mungkin adalah penyebab kejadian awan pelik di bahagian Pantai Barat Sabah berlaku

p/s : Memang kecut perut sesiapa yang tengok awan macam ni, dalam hati terdetik kecil dan kerdilnya diri kita ni. Ini mungkin sebagai peringatan Allah SWT kepada kita. Marilah kita semua berdoa dan bermuhasabah diri agar dijauhkan dari segala bala dan musibah. Hanya Allah yang mengetahui. Allahuakbar...

Bagikan

Jangan lewatkan

KEJADIAN AWAN ANEH DI KOTA KINABALU
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.